Saturday, 14 January 2012

Road Run

Assalamualaikum, para pembaca semua ! arini saya kembali tuk anda, hope anda semua suka akan hasil entry saya pada kali ni.

Cerita saya pada malam ni adalah psl ROAD RUN !!! baru pagi tadi berlangsungnya kejohanan tersebut, alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar dan selamat.jom ikuti kisah selanjutnya , huhuhu 


                


Murid-murid sesi pagi n petang telah dihimpunkan di dataran pada pukul 7.30 pgi, so suasana agak crowded skit. Selepas diberi arahan oleh cikgu tentang keselamatan dan juga track road run serta diambik kedatangan pelajar, murid-murid dikehandaki berkumpul di rumah sukan masing-masing tuk ambik kategori. kain hijau tuk 13 tahun, kain kuning tuk 15 tahun , kelas peralihan dan 18 tahun adalah kain merah, form 6 pula mereka hnya memakai baju yg diberikan.

lebih kurang kul 8.45, murid-murid dilepaskan, murid lelaki dilepaskan dahulu kerana jarak track mereka adalah 7km lebih jauh dripada pompuan yg hanya 4km sahaja. Semasa awal permulaan, ramai yg telah lari kedepan, sesak sungguh, ade sampai yg jatuh-jatuh bagai. Saya bersama Yana, kami hnya berjoging, tak lari un, mula-mula kami bersama dgn Nurin, Fadilah dan Arynn, tpi mereka hnya nk berjalan, so saya dan yana tinggalkan mereka dibelankang tuk kedepan, semasa berjoging tu, sempat juga kami bersembang psl tu dan ni, apabila nk sampai ke akhir pula saya tinggalkn Yana dibelankang skit, tup-tup saya dpt no 47, yana pula dpt no 49, yana mcm tak percaya je sbb selama ni dye x pernah dpt no sebagus tu, lagi tak percaya yana dpt kalahkan Najihah, sbb najihah selalunya akn mendapat top 20. Najihah un terkejut kami sampai dulu dan dye tak perasaan yg kami potong dye, kami un x perasaan juga, hahahaha..selepas tu, kami semua lepak kat kantin sementara menunggu yg laen samapai, pada pukul 11pula, murid-murid menunggu di gelanggang tuk penyampaian hadiah. Selepas kul 1, semuanya boleh balik YEAH !! ape lagi semua berpusu-pusu kuar la. hahhhaha

Dalam adat pertandingan ade yg kalah dan ade juga yg menang, rumah sukan SAGA telah memenangi acara road run, manakala rumah sukan EXORA dan SATRIA berada ditempat terakhir dgn berkongsi markah. 

Setiap yg berlaku mesti lah ade moment yg berlaku kn ? ade yg gembira, sedih dan kelakar. Moment yg paling kelakar adalah bdk lelaki telah dimarahi oleh guru kerana MEROMPAK RUMAH ORG, tak boleh bla lagi, dorang merompak BUAH RAMBUTAN bukan guna tangan tuk petik , tpi guna galah tuk jolok lgi. Ya-Allah, thu la musiM rambutan tpi x payah la sampai guna galah bagai, petik tangan sudah, dpt cover skit..hahhaha, tpi tu berlaku semasa kami menjalani latihan lepas..

No comments:

Post a Comment